TFTN Charity Fundraising Dinner berlangsung pada 5 Julai 2013 (Jumaat) di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Majlis ini dihadiri oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai tetamu kehormat bertujuan menjana dana untuk TFTN sekaligus melancarkan buku sulung dibawah payung TFTN yang berjudul Kami Ada Mimpi.
KEGAGALAN SISTEM PENDIDIKAN SEKARANG MEMERLUKAN TINDAKAN YANG IKHLAS, BERANI DAN RADIKAL (TENGKU RAZALEIGH)
“Sistem kita sekarang gagal dan kita tidak boleh mempertahankannya lagi,” begitulah yang dinyatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang.
Tambah beliau, satu tindakan yang ikhlas, berani dan radikal diperlukan bagi mempercepatkan proses pembaharuan dalam pelajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat dengan hasil yang sudah berjaya dilaksanakan di China, Korea Selatan dan Finland.
Tengku Razaleigh juga memuji dan bersetuju dengan usul TFTN untuk menjadikan Cinta sebagai pedagogi pendidikan dan juga asas kepada Falsafah Pendidikan Negara yang baru.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Makan Malam Amal anjuran Teach For The Needs (TFTN), sebuah badan bukan kerajaan yang menjalankan kerja sukarela mendidik murid-murid lemah di bidang pelajaran yang kebanyakan terdiri daripada anak-anak yatim dan keluarga miskin dalam usaha menangani masalah pendidikan golongan ini.
Ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada malam majlis makan malam amal #TFTN sokong Cinta sebagai pedagogi pendidikan dan FPN
Perasmian buku sulung #TFTN “Kami Ada Mimpi”
Kehadiran daripada syarikat-syarikat korporat CIMB, Maybank, Muamalat, Sime Darby, Petronas dan lain-lain
Persembahan anak-anak RAY Khairiyah, Klang
Dendangan lagu TFTN oleh Najihah Roslan
Deklamasi Puisi oleh Wardani Maswira
Sukarelawan bersama YBM Tengku Razaleigh
Tanpa lelah dan usaha ikhlas serta bersungguh2 dari Sukarelawan #TFTN Charity Dinner tidak akan berjaya.
Gambar:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.401830589927045.1073741836.187774331332673
Laporan Media:
1) http://www.astroawani.com/news/show/teks-ucapan-tengku-razaleigh-di-malam-amal-teach-for-the-needs-17803
2) http://www.astroawani.com/news/show/ku-li-sistem-pendidikan-negara-gagal-17799
3) http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/06/sistem-pendidikan-negara-telah-gagal-kata-ku-li/
Terima kasih kepada semua penaja:-
- MMC Engineering Services Sdn Bhd
- Sime Darby Plantations Sdn Bhd
- UOA Development Berhad
- Bank Muamalat (M) Berhad
- Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
- Robert Kuok Foundation
- YB Dr Ong Kian Meng
- Dr Syed Husin Ali
- PTS Media Group Sdn Bhd
- Innovation Associates Consulting Sdn Bhd
- PBJV Group Sdn Bhd
- Efficient Technology Sdn Bhd
- Bank Simpanan Nasional
- Vision Four
- Axiata Group Berhad
- Talisman Malaysia Limited
- CIMB Group Holdings Berhad
- Limkokwing University of Creative Technology
- Youth Trust Foundation @ myHarapan
- Duta Klasik Sdn Bhd
- Platinum Eden Sdn Bhd
- PricewaterhouseCoopers
- UZMA Engineering Berhad
- Maybank