Friday , 27th Nov, 2020
Home / TPPA / Himpunan Aman Serah Memorandum kepada MITI – Badan Bertindak Bantah TPPA

Himpunan Aman Serah Memorandum kepada MITI – Badan Bertindak Bantah TPPA

BLINDSPOT, MTEM, MTUC, IKRAM, PKPIM, SMM, SAMM, GBM serta 48 badan-badan NGO dan 6 majlis pakatan NGO hari ini dibawah payung Badan Bertindak Bantah TPPA telah menyerahkan memorandum kepada MITI jam 3 petang dengan berjaya untuk menyatakan 4 tuntutan kepada MITI membantah TPPA.

Memorandum serta senarai penuh NGO yang terlibat boleh dilihat di sini:-
Bahasa – https://aafaizli.com/kenyataan-bersama-badan-bertindak-bantah-tppa/
English – https://aafaizli.com/joint-statement-badan-bertindak-bantah-tppa-malaysia/

Kami, Badan Bertindak Bantah TPPA dengan ini menuntut kerajaan Malaysia menunda penglibatannya dalam rundingan ini sehinggalah :

  • Analisis kos-dan-manfaat (cost-and-benefit) dan kajian perbandingan faedah (comparative advantage study) dilaksanakan, diumumkan dan diperdebatkan kepada awam.
  • Teks perjanjian dikaji selidik dan ditimbang tara oleh parlimen untuk mewajarkan TPPA sebagai bermanfaat terhadap rakyat Malaysia.
  • Segala kebimbangan yang berkenaan diketengahkan dalam cadangan dan pendirian Malaysia dalam perundingan TPPA.
  • Sebuah referendum dibuat untuk menentukan tahap¬† sokongan rakyat Malaysia terhadap keputusan kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini.

Himpunan aman dimulakan jam 2.00 petang sejurus tamat Solat Jumaat berjemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan 8 panelis yang memberikan ucapan terdiri daripada wakil-wakil daripada BLINDSPOT, MPEM, MTUC, PKPIM, SMM, SAMM dan IKRAM.

IMG-20130719-00279

IMG-20130719-00277

IMG-20130719-WA007

Himpunan di sambung dengan berarak beramai-ramai ke Bangunan MITI untuk menyerahkan memorandum yang di terima oleh wakil daripada MITI iaitu En Mohd Rizal Sheriff, Timbalan Setiausaha Agung MITI.

IMG-20130719-WA009

IMG-20130719-WA010 IMG-20130719-WA015

IMG-20130719-WA014

Bantah TPPA !!!

web_IMG_7238

Rundingan dengan Polis

web_IMG_7245

Memorandum tersebut diserahkan wakil NGO kepada Timbalan Ketua Setiausaha Industri Miti, Datuk Nik Rahmat Nik Taib; Timbalan Ketua Setiausaha Perdagangan Miti, Mohd Rizal Sheriff dan Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelarasan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas, Che Mazni Che Wook.

Laporan Media:-

Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/236204

Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/nasional/tpp-200-ngo-serah-memo-bantahan-1.184503

Check Also

Debunking the Misconceptions of the Fight against TPPA

It has been many months since the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) caught the public’s …