BLINDSPOT, MTEM, MTUC, IKRAM, PKPIM, SMM, SAMM, GBM serta 48 badan-badan NGO dan 6 majlis pakatan NGO hari ini dibawah payung Badan Bertindak Bantah TPPA telah menyerahkan memorandum kepada MITI jam 3 petang dengan berjaya untuk menyatakan 4 tuntutan kepada MITI membantah TPPA.
Memorandum serta senarai penuh NGO yang terlibat boleh dilihat di sini:-
Bahasa – https://aafaizli.com/kenyataan-bersama-badan-bertindak-bantah-tppa/
English – https://aafaizli.com/joint-statement-badan-bertindak-bantah-tppa-malaysia/
Kami, Badan Bertindak Bantah TPPA dengan ini menuntut kerajaan Malaysia menunda penglibatannya dalam rundingan ini sehinggalah :
- Analisis kos-dan-manfaat (cost-and-benefit) dan kajian perbandingan faedah (comparative advantage study) dilaksanakan, diumumkan dan diperdebatkan kepada awam.
- Teks perjanjian dikaji selidik dan ditimbang tara oleh parlimen untuk mewajarkan TPPA sebagai bermanfaat terhadap rakyat Malaysia.
- Segala kebimbangan yang berkenaan diketengahkan dalam cadangan dan pendirian Malaysia dalam perundingan TPPA.
- Sebuah referendum dibuat untuk menentukan tahap sokongan rakyat Malaysia terhadap keputusan kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini.
Himpunan aman dimulakan jam 2.00 petang sejurus tamat Solat Jumaat berjemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan 8 panelis yang memberikan ucapan terdiri daripada wakil-wakil daripada BLINDSPOT, MPEM, MTUC, PKPIM, SMM, SAMM dan IKRAM.
Himpunan di sambung dengan berarak beramai-ramai ke Bangunan MITI untuk menyerahkan memorandum yang di terima oleh wakil daripada MITI iaitu En Mohd Rizal Sheriff, Timbalan Setiausaha Agung MITI.
Bantah TPPA !!!
Rundingan dengan Polis
Memorandum tersebut diserahkan wakil NGO kepada Timbalan Ketua Setiausaha Industri Miti, Datuk Nik Rahmat Nik Taib; Timbalan Ketua Setiausaha Perdagangan Miti, Mohd Rizal Sheriff dan Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelarasan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas, Che Mazni Che Wook.
Laporan Media:-
Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/236204
Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/nasional/tpp-200-ngo-serah-memo-bantahan-1.184503