Tuesday , 17th Oct, 2017
Home / Teach For The Needs / TFTN Charity Fundraising Dinner with YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Volunteers Dinner

TFTN Charity Fundraising Dinner with YBM Tengku Razaleigh Hamzah

TFTN Charity Fundraising Dinner berlangsung pada 5 Julai 2013 (Jumaat) di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Majlis ini dihadiri oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai tetamu kehormat bertujuan menjana dana untuk TFTN sekaligus melancarkan buku sulung dibawah payung TFTN yang berjudul Kami Ada Mimpi.

KEGAGALAN SISTEM PENDIDIKAN SEKARANG MEMERLUKAN TINDAKAN YANG IKHLAS, BERANI DAN RADIKAL (TENGKU RAZALEIGH)

“Sistem kita sekarang gagal dan kita tidak boleh mempertahankannya lagi,” begitulah yang dinyatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang.

Tambah beliau, satu tindakan yang ikhlas, berani dan radikal diperlukan bagi mempercepatkan proses pembaharuan dalam pelajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat dengan hasil yang sudah berjaya dilaksanakan di China, Korea Selatan dan Finland.

Tengku Razaleigh juga memuji dan bersetuju dengan usul TFTN untuk menjadikan Cinta sebagai pedagogi pendidikan dan juga asas kepada Falsafah Pendidikan Negara yang baru.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Makan Malam Amal anjuran Teach For The Needs (TFTN), sebuah badan bukan kerajaan yang menjalankan kerja sukarela mendidik murid-murid lemah di bidang pelajaran yang kebanyakan terdiri daripada anak-anak yatim dan keluarga miskin dalam usaha menangani masalah pendidikan golongan ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.

Ku Li 2

Ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada malam majlis makan malam amal ‎#TFTN sokong Cinta sebagai pedagogi pendidikan dan FPN

Lancar Buku

Perasmian buku sulung #TFTN “Kami Ada Mimpi”

ku li okm izzah

Bicara Pendidikan Tiada Sempadan Politik dan Kepartian – Demi Anak-Anak Kita #TFTN

Crowd

Kehadiran daripada syarikat-syarikat korporat CIMB, Maybank, Muamalat, Sime Darby, Petronas dan lain-lain

Show

Persembahan anak-anak RAY Khairiyah, Klang

Lagu TFTN

Dendangan lagu TFTN oleh Najihah Roslan

Puisi  Deklamasi Puisi oleh Wardani Maswira

Volunteers w Ku Li

Sukarelawan bersama YBM Tengku Razaleigh

Volunteers w Izzah

Sukarelawan bersama YB Nurul Izzah

Volunteers Dinner

Tanpa lelah dan usaha ikhlas serta bersungguh2 dari Sukarelawan #TFTN Charity Dinner tidak akan berjaya.

Gambar:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.401830589927045.1073741836.187774331332673

Laporan Media:
1) http://www.astroawani.com/news/show/teks-ucapan-tengku-razaleigh-di-malam-amal-teach-for-the-needs-17803
2) http://www.astroawani.com/news/show/ku-li-sistem-pendidikan-negara-gagal-17799
3) http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/06/sistem-pendidikan-negara-telah-gagal-kata-ku-li/

Terima kasih kepada semua penaja:-

  1. MMC Engineering Services Sdn Bhd
  2. Sime Darby Plantations Sdn Bhd
  3. UOA Development Berhad
  4. Bank Muamalat (M) Berhad
  5. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
  6. Robert Kuok Foundation
  7. YB Nurul Izzah Anwar
  8. YB Dr Ong Kian Meng
  9. Dr Syed Husin Ali
  10. PTS Media Group Sdn Bhd
  11. Innovation Associates Consulting Sdn Bhd
  12. PBJV Group Sdn Bhd
  13. Efficient Technology Sdn Bhd
  14. Bank Simpanan Nasional
  15. Vision Four
  16. Axiata Group Berhad
  17. Talisman Malaysia Limited
  18. CIMB Group Holdings Berhad
  19. Limkokwing University of Creative Technology
  20. Youth Trust Foundation @ myHarapan
  21. Duta Klasik Sdn Bhd
  22. Platinum Eden Sdn Bhd
  23. PricewaterhouseCoopers
  24. UZMA Engineering Berhad
  25. Maybank

11,673 total views, 2 views today

Share!

    Check Also

    mobtv

    Talkshow MobTv: What Say Youth – Sistem Pendidikan Negara, Jurang Pendidikan dan #TFTN

    Temubual MobTv mengupas isu:- – Falsafah Pendidikan Negara – Jurang Pendidikan di Malaysia – TFTN …