Wednesday , 18th Jan, 2017
Home / TPPA / Talkshow MobTv: What Say Youth – Polemik TPPA bersama Badan Bertindak Bantah TPPA
mobtv

Talkshow MobTv: What Say Youth – Polemik TPPA bersama Badan Bertindak Bantah TPPA

Sinopsis talk show oleh Sdr Megat Hanis:-

1)TPPA adalah satu perjanjian ekonomi “extension” rentas pasifik yang melibatkan jumlah terkini 12 negara (yg terbaru Jepun) . Sedikit berbeza perlaksanaan dan besar impak jangka panjang TPPA daripada FTA yang Malaysia tandatangan bersama US, dan keluar dari perjanjian pada tahun 2008, atas ketidakmampuan bersaing dan faktor2 ekonomi yang lain.

2)TPPA memberi kesan terhadap kedaulatan negara kerana sekiranya ada perkara-perkara berbangkit seperti bahan-bahan berbahaya yg didapati dalam produk keluaran syarikat2 antarangbangsa ini, kerajaan tidak boleh memperuntukkan undang-undang pengharamannya kerana bakal diheret ke Tribunal Antarangsa dan kesannya terpaksa membayar pampasan yang tinggi terhadap syarikat2 yang mengalami kerugian akibat undang-undang tersebut.

3)Uniknya TPPA ialah sekiranya perjanjian ini telah dimeterai, negara-negara lain yang berminat untuk menyertai TPPA boleh berbuat demikian dengan syarat bersetuju dengan kesemua perkara di dalam TPPA.

4) Malaysia merupakan antara negara membangun berbanding negara maju seperti Jepun dan kaya seperti Brunei. Justeru, konteks kemampuan Malaysia untuk bersaing dengan negara luar melalui perjanjian ini haruslah difahami dalam konteks kemampuan ekonomi Malaysia sendiri kerana mengikut pengalaman FTA Malaysia-US, 95 peratus “open bidding process” dimenangi syarikat gergasi US di pasaran US itu sendiri disamping di Malaysia dibanjiri syarikat2 mereka. Apakah ini akan memberi kesan yang adil kepada Malaysia?

5) Di Singapore misalnya, walaupun dalam kategori negara maju, dalam perjanjian FTA Singapore-US , pada tahun 2003, mereka mempunyai trade deficit 1 billion dollars namun naik sebanyak 7 billion dollars pada 5 tahun kemudian. Makanya, perjanjian ini lebih lagi meragukan jika disertai oleh Malaysia.

Akhir kata, adakah kita mampu memasuki pasaran mereka atau pasaran kita yang habis dimasuki oleh mereka?

 

Laporan Media:-

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21231-generasi-muda-harus-faham-kesan-tppa

1,513 total views, 1 views today

Share!

    Check Also

    tppa misc

    Debunking the Misconceptions of the Fight against TPPA

    It has been many months since the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) caught the public’s …