Tuesday , 17th Oct, 2017
Home / TPPA / Kenyataan-Bersama: Badan Bertindak Bantah TPPA (Coalition Acts Against TPPA)
Kenyataan

Kenyataan-Bersama: Badan Bertindak Bantah TPPA (Coalition Acts Against TPPA)

Senarai NGO Badan Bertindak Bantah TPPA (Coalition Acts Against TPPA)

Senarai NGO-NGO

  1. Aliran Kesedaran Negara
  2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  3. Badan Gabungan Negeri
  4. BLINDSPOT
  5. Community Action Network (CAN)
  6. Center for Orang Asli Concerns
  7. Pertubuhan IKRAM Malaysia
  8. Pertubuhan IKRAM Siswa Nasional
  9. Islamic Renaissance Front (IRF)
  10. ISMA
  11. Japan Graduates Association, Malaysia (JGAM)
  12. JERIT
  13. JIETU
  14. Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG)
  15. MiDAS @ Universities
  16. MTAAG+
  17. MUAFAKAT
  18. National Indian Rights Action Team (NIAT)
  19. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
  20. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
  21. PEMBELA
  22. PEMBINA
  23. Penang Consumers Protection Association
  24. Penang Forum
  25. Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia (LiuHua)
  26. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  27. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)
  28. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  29. Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API)
  30. Pertubuhan Prihatin Kesihatan Dan Sosial Malaysia (PRIHATIN)
  31. Pertubuhan Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
  32. PUIM
  33. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
  34. Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Komuniti (KOMUNITI)
  35. Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
  36. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  37. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
  38. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
  39. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  40. Tamil Foundation Malaysia (TF)
  41. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
  42. The KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  43. Third World network (TWN)
  44. United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)
  45. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
  46. Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN)
  47. Federation of Malaysian Indian Organisations (PRIMA)
  48. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
  49. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
  50. Multaqa Asatizah dan Duat (MURSHID)
  51. People’s Welfare and Right Association (POWER)
  52. Persatuan Prihatin Belia Malaysia (PRIHATIN)
  53. Tamilar Action Force (TAF)

Senarai Gabungan NGO-NGO

  1. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)
  2. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
  3. Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM)
  4. Malaysia AIDS Council (MAC)
  5. Majlis Perundingan Melayu (MPM)
  6. Malaysian Environmental NGO (MENGO)
  7. Malaysian Council of Tobacco Control (MCTC)

Senarai sah pada 05 Aug 2013

Kenyataan-Bersama

Badan Bertindak Bantah TPPA

Ketika rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) berlangsung sekali lagi secara tertutup, kami – Badan Bertindak Bantah TPPA Malaysia – mengeluarkan kenyataan bersama ini untuk menyatakan pendirian kami dan ingin menarik perhatian rakyat terhadap isu–isu berikut :

Kedaulatan Nasional dan Ruang Polisi Negara-Negara TPPA: Pelbagai bab dalam perjanjian TPPA ini menghadkan ruang untuk kerajaan menggubal polisi-polisi  demi kepentingan masyarakat, termasuklah bab pelaburan dan kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia ada. Penyelesaian Pertikaian Pelabur – Negara (ISDS) dan Penyelesaian Pertikaian Negara-Negara (ISDS) adalah antara cara bagaimana TPPA menganugerahkan kuasa kepada  syarikat antarabangsa (MNCs) untuk mereka mengenepikan dan meredah sistem perundangan negara dengan mereka boleh menuntut pampasan kewangan tanpa had melalui tribunal timbang-tara antarabangsa.

Akses Terhadap Ubat-ubatan: Amerika Syarikat telah mencadangakan peraturan yang mana jika diterima akan memudahkan syarikat-syarikat gergasi dalam bidang farmasi memperoleh tempoh paten ubatan yang lebih lama. Ini akan menyebabkan kesukaran atau kelewatan akses terhadap ubatan generic mampu milik seperti ubatan untuk kanser, HIV dan ubatan penting yang lain serta menaikkan harga ubat-ubatan.

Akses Terhadap Ilmu Pengetahuan: Seperti mana langkah-langkah perlindungan harta intelek TPPA  akan menyebabkan ubatan dan rawatan menjadi lebih mahal kepada rakyat, aktiviti pembelajaran dan penyelidikan negara-negara TPPA juga boleh terjejas dengan peningkatan kos apabila undang-undang hakcipta menjadi lebih ketat termasuklah hak-hak digital yang dikongsi bersama seperti Internet.

Perlindungan Terhadap Alam: Negara-negara TPPA didesak untuk bersetuju terhadap polisi yang menjurus kearah pro-industri, kawalan perundangan alam sekitar secara peribadi (self-regulated), kesukaran perpindahan teknologi mesra alam and langkah-langkah perlindungan pelaburan yang mendedahkan Malaysia kepada ancaman korporat terhadap polisi-polisi alam sekitar seperti mana yang telah dihadapi oleh negara-negara lain.

Hakhak Pekerja: Terdapat cadangan untuk menafikan langkah kerajaan memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap pekerja (seperti gaji minima dan piawaian kesihatan dan keselamatan) yang sedang dilaksanakan dan melarang arahan untuk perlaksanaan latihan dan syarat-syarat pengambilan pekerja oleh syarikat luar.

Industri Kecil Dan Sederhana: Tindakan TPPA untuk mewujudkan pasaran bebas dan merendahakan tariff akan menyebabkan semua sektor yang berkaitan kehilangan pekerjaan secara mendadak.  Ini menyebabkan penurunan gaji dan meningkatkan jurang ekonomi kaya – miskin. Penurunan tariff akan memberi kesan besar kepada 300,000 petani dari negeri-negeri utara , mereka akan terpaksa berhadapan dengan persaingan yang tidak saksama  dengan pengeksport produk pertanian dari negara-negara TPPA seperti  AS, Kanada dan Jepun – yang tidak akan mengurangkan susidi kepada petani mereka. Malaysia akan mengalami nasib buruk seperti Mexico melalui North American Free Trade Agreement dengan AS yang menyaksikan kehilangan sebanyak tiga juta daripada sepuluh juta pekerjaan dalam bidang pertanian.

Perjanjian TPP ini jelas memihak kepada aspirasi  tamak komersial sejumlah kecil syarikat multinasional (MNCs) yang akan mendapat manfaat maksimum tanpa-ambil-peduli kebimbangan  masyarakat dan rakyat jelata di  12 negara TPPA terhadap kebajikan dan masa depan rakyat yang terancam.

TPPA bukan satu perjanjian yang adil dan juga bukan bebas tetapi hanyalah satu alat untuk memastikan perlindungan dan keutamaan diberikan kepada kepentingan korporat dengan mengenepikan  kepentingan rakyat dalam hal kebajikan, keselamatan dan sosio-ekonomi.  Intipati cadangan-cadangan dalam TPPA lebih mengutamakan peranan syarikat multinasional dan menafikan ruang kerajaan untuk bertindak demi kepentingan rakyat dalam hal menetapkan undang-undang dan peraturan.

Kami, Badan Bertindak Bantah TPPA dengan ini menuntut kerajaan Malaysia menunda penglibatannya dalam rundingan ini sehinggalah :

  • Analisis kos-dan-manfaat (cost-and-benefit) dan kajian perbandingan faedah (comparative advantage study) dilaksanakan, diumumkan dan diperdebatkan kepada awam.
  • Teks perjanjian dikaji selidik dan ditimbang tara oleh parlimen untuk mewajarkan TPPA sebagai bermanfaat terhadap rakyat Malaysia.
  • Segala kebimbangan yang berkenaan diketengahkan dalam cadangan dan pendirian Malaysia dalam perundingan TPPA.
  • Sebuah referendum dibuat untuk menentukan tahap  sokongan rakyat Malaysia terhadap keputusan kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini.

Badan Bertindak Bantah TPPA

3,142 total views, 1 views today

Share!

    Check Also

    tppa misc

    Debunking the Misconceptions of the Fight against TPPA

    It has been many months since the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) caught the public’s …