Wednesday , 18th Jan, 2017
Home / Teach For The Needs / Forum Pedagogi Pendidikan Cinta #TFTNcinta
969072_10151648270064448_1232413836_n

Forum Pedagogi Pendidikan Cinta #TFTNcinta

Sejak Friedrich Schiller menulis On the Aesthetic Education of Man, pada 1794, kemudian Maria Montessori dengan Il Metodo della Pedagogia Scientifica pada 1909; John Dewey, Experience and Education, 1938; Paulo Freire, Pedagogy of the Oppressed, 1968; Ivan Illich, Deschooling Society, 1971 seterusnya melalui tulisan Jean Piaget, Bruner, Vygotsky sehinggalah David L. Kirp melalui The Sandbox Investment pada 2007 – manusia dan peradabannya masih mencari-cari ‘pedagogi’ yang terbaik pernah dihasilkan untuk digunakan di dalam bidang pendidikan.

Walaubagaimanapun, ‘mainstream pedagogy’ yang digunapakai kini tidak lagi stabil untuk digunakan secara menyeluruh terutamanya kepada anak miskin dan yatim yang menduduki kelas corot. Teach For The Needs melalui TFTN Research Team pada kali ini menyorot ‘Pedagogi Pendidikan Cinta’ – sebagai alternatif kepada pedagogi sedia ada untuk menampung evolusi falsafah dan teknik mengajar pada masa hadapan.Apakah Pedagogi Pendidikan Cinta? Mengapakah ‘Cinta’ yang dipilih? Bagaimanakah masa hadapan pendidikan dengan adanya ‘pedagogi alternatif’ ini nanti?Teach For The Needs dengan bangganya menampilkan panelis pakar dan berpengalaman di dalam bidang ‘pendidikan’ dan ‘cinta’ seperti Dr Maszlee Malik, Dr Harlina Siraj dan Ust Hasrizal (Saiful Islam) dengan bantuan sdr Anas Alam Faizli sebagai Moderator untuk menjawab dan mengupas soalan di atas.

Mari tonton dan dengar untuk mengetahui definisi ‘Cinta’ TFTN.

Bahagian 1

Bahagian 2

TFTN

Butiran Forum

1003667_10151648258049448_1730508672_n

1017455_10151648240009448_1764728885_n

Hadirin

1017259_10151648271039448_357312440_n

Ahli-Jawatankuasa Forum

Liputan Media

1.http://www.sinarharian.com.my/nasional/pendidikan-negara-jadikan-pelajar-robot-1.171653
2. http://www.sinarharian.com.my/arkib/politik-nilai-komersial-punca-pendidikan-rosak-1.1717543. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/20052-pendidikan-bukan-untuk-lahirkan-robot-pintar

3,678 total views, 1 views today

Share!

    Check Also

    mobtv

    Talkshow MobTv: What Say Youth – Sistem Pendidikan Negara, Jurang Pendidikan dan #TFTN

    Temubual MobTv mengupas isu:- – Falsafah Pendidikan Negara – Jurang Pendidikan di Malaysia – TFTN …