Wednesday , 18th Jan, 2017
Home / Personal / Berita Harian: Pengurusan Projek – Hanya di OUM
OUM-BH advertorial-Final 25 April

Berita Harian: Pengurusan Projek – Hanya di OUM

OUM-BH advertorial-Final 25 April

BIDANG pekerjaan masa hari ini semakin sofistikated. Maka tidak hairan kenapa sekiranya program- program pendidikan yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi hari ini juga sekarang semakin spesifik sifatnya.

Antara program bersifat sedemikian ialah Program Ijazah Sarjana Pengurusan Projek yang ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Program itu merupakan satu-satunya program yang belum ditawarkan di mana-mana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

Program yang bermula sejak tahun 2009 itu merupakan cetusan idea Profesor Madya Ir. Dr. Kanesan Muthusamy yang juga merupakan Timbalan Dekan Fakulti Sains & Teknologi di OUM sendiri dan beliau mendapat idea itu melalui maklum balas dari orang awam dan tinjauan pasaran yang dijalankan OUM.

Dr. Kanesan merupakan seorang bekas jurutera yang mempunyai pengalaman bekerja selama belasan tahun di beberapa buah syarikat bertaraf antarabangsa. Beliau juga pernah menerajui beberapa projek sebelum ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran pada tahap ijazah kedoktoran (PhD) di Osaka University, Jepun. Dengan latar belakang itu, Dr. Kanesan yakin ada pasaran yang baik untuk program pasca sizwazah terutama bagi pengkhususan dalam bidang pengurusan projek.

“Pada zaman 60-an dan 70-an, penggunaan terma ‘pengurusan projek’ tertakluk pada industri kejuruteraan dan pembinaan. Hari ini, penggunaan ayat itu sudah diaplikasikan dalam pelbagai industri seperti IT (teknologi maklumat), pengurusan dan perbankan,” kata Dr. Kanesan. Beliau juga berkata, bahawa penggunaan program itu secara meluas merupakan petanda perlunya program sedemikian kepada IPTS.

Selepas idea Dr Kanesan dipersetujui oleh Bahagian Pendidikan OUM, program itu kemudiannya dirangka dalam masa kira-kira enam bulan sehingga setahun mengikut taraf program yang serupa di universiti-universiti dari Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Program yang sama seterusnya bermula pada awal tahun 2009 dan sehingga kini, ia masih  menerima sambutan yang baik pada setiap sesi pengambilan pelajar di OUM.

“Kami menerima dalam kira-kira 25 orang pelajar pada setiap sesi ,” kata Kanesan yang juga memaklumkan program itu juga ditawarkan tiga kali setahun dan jumlah pelajar sehingga kini menjangkau kira-kira 100 orang. Malah, jumlah tersebut sentiasa bertambah setiap semester.

Apa yang membezakan program Sarjana Pengurusan Projek di OUM dengan program ijazah sarjana lain adalah penggunaan buku-buku teks antarabangsa yang digunakan oleh para pelajarnya dan antara buku teks yang digunakan termasuk buku khas yang dibawa dari AS.

“Lebih menarik, bekalan buku-buku itu tidak melibatkan sebarang kos kepada pelajar. Di OUM kami sentiasa memberi pelajar lebih daripada apa yang dijangka,” kata Dr. Kanesan. Beliau juga memberi contoh di mana sukatan matapelajaran mungkin memerlukan beberapa bab dari buku teks tetapi apabila pelajar yang mendapat buku teks khas tersebut, ia mempunyai maklumat-maklumat lain dari bab-bab tambahan yang ada.

Katanya, tenaga pengajar pula merupakan golongan profesional dan berpengalaman yang membawa bahan rujukan mereka tersendiri. “Sebagai contoh, pensyarah kursus Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran mampu membekalkan panduan peraturan industri terkini kerana latar belakangnya yang mengenali dan memahani industri tersebut dengan mendalam.” kata Dr. Kanesan lagi.

Ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi program dari segi teori dan praktikal dan selain itu, kursus yang ditawarkan dirangka khas untuk menepati keperluan asas pengurusan projek supaya ia memanfaatkan sesiapa sahaja yang berminat mengikutinya. “Antara kursus yang ditawarkan ialah Pengurusan Kontrak dan Analisis Kos Projek iaitu kursus-kursus yang relevan dalam sebarang industri yang membabitkan pengurusan projek,” terang Dr. Kanesan lagi.

Dalam masa yang sama, beliau mengaku bukan semua pelajarnya datang dari bidang pengurusan projek. Seperti contoh, seorang pelajar yang kini mengikut program tersebut sebenarnya seorang peguam tetapi dia mengikuti program itu sekadar untuk memahami teori pengendalian projek memandangkan kerjanya banyak melibatkan penyediaan kontrak-kontrak projek.

Kursus lain yang turut membantu kursus itu ialah kursus Pengurusan Perubahan iaitu kursus mengenai perubahan pasaran dan kesan pasaran pada perniagaan serta kursus Pengurusan Projek Antarabangsa yang menekankan perbezaan budaya, pengendalian risiko dan kontrak usaha sama.

Memandangkan pengurusan projek kerap kali membabitkan bidang pembinaan, kursus Pembinaan Mampan turut ditawarkan. Ia dilihat sebagai satu kursus yang tepat pada masanya dengan melandanya isu perubahan iklim yang berlaku di dunia sekarang.

Kursus yang ditawarkan juga, katanya, memenuhi keperluan pelajar dan sehingga kini tiada aduan mengenai program separuh masa selama dua tahun itu di kalangan pelajar yang mengikuti program tersebut. Malah mereka amat menghargai pendidikan yang dipelajari sepanjang mengikuti kelas di OUM.

Seperti contoh, seorang pelajar yang kini seorang jurutera, Anas Alam Faizli, 30 berkata, dia amat bertuah kerana banyak belajar mengenai skop tugasnya semasa mengikuti kelas di OUM dan berharap ia wajar dicontohi generasi muda.

“Saya sudah menjadi jurutera dalam bidang petrol dan gas selama beberapa tahun dan kini banyak terlibat dalam projek syarikat,” katanya.

Kursus yang ditawarkan di bawah program itu, kata Anas juga menepati keperluannya dan ia banyak membantu dalam pemahaman teori di sebalik pengurusan projek yang dirancangnya.

Seorang lagi pelajar, Praveena Kunaratnam, 28, pula berkata, program itu membantunya memahami teori dan praktikal di sebalik bidang kerjanya. Dia berharap dia mampu menerajui projek sendiri selepas tamat pengajian. “Saya bekerja dalam sektor kewangan. Syarikat saya banyak menguruskan projek dari institusi kewangan antarabangsa. Program ini di OUM banyak membantu saya memahami teori dan praktikal di sebalik bidang kerja saya,” katanya.

Selain itu, minat dan dedikasi pelajar nyata terserlah apabila rekod kedatangan menunjukkan rekod kehadiran yang bagus. Malah, menurut Dr. Kanesan, ada pelajar yang tinggal jauh, termasuk di luar negara, sanggup meluangkan masa dan wang mereka semata-mata mengikuti kelas di OUM. “ Contohnya, seorang pelajar Jepun yang bekerja di Indonesia sanggup datang untuk kuliah yang diadakan sekali setiap dua minggu dan seorang lagi datang dari Johor Bahru,” katanya.

Dr. Kanesan berkata, sifat bertimbang rasa dari pimpinan OUM menjadikannya IPTS utama kerana OUM kini sudah terbukti menjadi salah satu destinasi pendidikan pilihan di dunia termasuk di Malaysia. “OUM juga fleksibel. Sekiranya pelajar kami terpaksa bekerja di luar negara sewaktu peperiksaan, kami sedia membantunya. Kami boleh melantik wakil di negara berkaitan dan menyediakan fasiliti peperiksaan di sana supaya pelajar itu tidak terlepas menduduki peperiksaan,” kata Dr. Kanesan lagi.

Setakat ini, isu pelajar terlepas daripada menduduki peperiksaan di OUM tidak timbul memandangkan kalendar akademik diterbitkan tiga bulan sebelum semester bermula supaya para pelajar boleh merancang masa mereka sebelum memulakan pelajaran. Kehadiran pelajar yang terdiri daripada 60 peratus dari bidang kejuruteraan dan pembinaan dan sebanyak 40 peratus dari sektor lain memberi variasi kepada suasana pembelajaran di OUM.

Salah satu sebab terdapat kepelbagaian dalam latar belakang pelajar adalah kerana OUM merupakan satu-satunya universiti swasta yang menawarkan program sedemikian. “Sebagai tugasan kelas pula, para pelajar dikehendaki menjalankan kajian kes, temu ramah, penyelidikan dan penyampaian kertas kerja. Malah pembentangan projek khas juga adalah antara syarat terakhir untuk lulus program,” kata Dr. Kanesan.

Sesi kemasukan yang pertama dijangka tamat pengajian pada hujung bulan Disember tahun ini. Dr. Kanesan meramalkan masa depan yang cerah untuk para graduan tersebut. “Ini kerana Program Sarjana Pengurusan Projek OUM memberi graduan kelebihan berbanding dengan eksekutif yang lain, maka sudah pasti mereka akan dapat menguruskan projek sendiri pada masa akan datang,” katanya.

4,020 total views, 1 views today

Share!

    Check Also

    20130427_103557

    Higher royalty versus state ownership of Petronas

    The oil royalty debacle is perhaps one of the popular components for both Barisan Nasional …